PEMBERITAHUAN

Laman Rasmi Portal Blogger Pendidikan Khas dan Pemulihan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dalam proses pembinaan, penambahbaikan maklumat, pengemaskinian latar belakang portal, dan usaha- usaha membuat persediaan pelancaran sedang giat dijalankan. Harap maaf, jika terdapat ketidak sempurnaan semasa melayari portal ini disebabkan kelemahan teknikal. Terima kasih.

Web Master : Md. Razuddin B. Zulkifli

FLASH PKHAS PPDMG

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan Al Mubarak
Banner Promosi PKHAS PPDMG

SELAMAT DATANG

ONE MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Tulus Ingatan Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan PPD Mersing, Johor

MENJUNJUNG KASIH TUANKU DI ATAS KEBERANGKATAN DYMM TUANKU SULTAN JOHOR.

MENJUNJUNG KASIH TUANKU DI ATAS KEBERANGKATAN DYMM TUANKU SULTAN JOHOR.
DAULAT TUANKU.

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI SULTAN JOHOR, SULTANAH JOHOR dan TUNKU MAHKOTA JOHOR

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI SULTAN JOHOR, SULTANAH JOHOR dan TUNKU MAHKOTA JOHOR

RANCANGAN ASTRO UNTUK MURID - MURID

RANCANGAN ASTRO UNTUK MURID - MURID
Promosi Siaran Pendidikan

KIBARKAN JALUR GEMILANG

KIBARKAN JALUR GEMILANG
Tulus Ingatan Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan PPD Mersing.

Jumaat, 25 Jun 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS ( BPKhas ) KPM



Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah:




  • cacat fizikal teruk,


  • rencatan akal sederhana dan teruk,


  • pelbagai kecacatan, dan


  • kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


  • Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:


Sindrom Down,Autisme ringan,
Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
Terencat akal minimum, dan
Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)
Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
Deklarasi Antarabangsa:
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

Khamis, 24 Jun 2010